My Islam
Selasa, 21 Julai 2015
Isnin, 20 Julai 2015
Pengertian Dan Maksud Islam
Islam telah
melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta
cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau
Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan
teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah
diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris:
Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang
gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Maksud Islam
ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala
peaturan dan undang-undang yang merangkumi penyususnan kehidupan manusia
, baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan
dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia
dengan alam sejagat bagi menjaminkesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Islam adalah
sebuah agama yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.
untuk menyusun dan mengatur kehidupan umat manusia dalam kesemua aspek
semoga mereka dapat menghayati kehidupan yang mulia iaitu kehidupan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang samada di peringkat individu dan
bermasyarakat di dunia dan seterusnya di alam akhirat.
Bahkan
perutusan Nabi Muhammad s.a.w. dengan agama Islam adalah dengan tujuan
yang amat besar. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dengan maksud:
“Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam”
Perkataan Islam
berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk
dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha
Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta
melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .
Islam sbagai
“Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh dengan
mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan
seiring. Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi
kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat.
Pengertian “Ad-Dinn”
Perkataan
“Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama. Maksudnya
suatu cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu
pegangan hidup . Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam .
Maka jika dua perkataan itu digandingan , ia menjadi Agama Islam yang
memabwa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup yang menjamin segala
keselamatan di dunia dan akhirat . Firman Allah ;“Sesungguhnya agama di
sisi Allah ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.
Rukun iman
dalil naqli “
Tidaklah bernama kebaikan , apabila engkau menghadapkan mukamu ke timur
dan ke barat , tetapi yang dikatakan kebaikan itu ialah orang-orang yang
beriman kepada Allah , hari akhirat , malaikat-malaikatNya ,
kitab-kitabNya , dan nabi-nabiNya.” Surah al-Baqarah ayat 76. (a)
Beriman kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan.(b)
1. Mempercayai bahawa Allah itu Maha Esa dari segi Zat, Sifat dan PerbuatanNya. Tidak ada sesuatupun yang menyerupai Allah.
2. Beriman
bahawa Allah yang mencipta alam ini dengan Sifat-sifatNya yang Maha
bijaksan , Maha mengetahui dan tidak memerlukan sesiapa dalam mencipta
alam ini dengan
3. beriman
bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia melainkan setiap
satunya mempunyai tujuannya yang tersendiri, sebagaimana dalam dalil “
Maka apakah kamu mengira , bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu
secara main main( sesaja) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada
kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya , tidak ada Tuhan
selain Dia , Tuhan ( yang mempunyai ) ‘Arasy yang mulia” ( Surah
Al-Mukminun ayat 115~116)
4. Beriman
bahawasanya Allah SWT telah mengutus Rasul-Rasul dan diturunkan untuk
mereka Kitab-Kitab dengan tuuan untuk mengajar manusia supaya mengenali
Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal usul mereka
dan ke mana mereka akan kembali.
5. Beriman
bahawa matlamat kewujudan manusia ialah mengenali Allah SWT serta
mengabdikan diri KepadaNya serta mentaati segala PerintahNya dan
meninggalkan LaranganNya. Firman Allah “ Dan tidaklah Aku menciptakan
jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Aku tidak
menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki
supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi
rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.” ( Surah Al-Zariyat
ayat 56~58)
6. Beriman
bahawa ganjaran bagi orang mu’min yang taat kepada Allah ialah syurga,
manakala balasan terhadap orang kafir ialah neraka.
7. Beriman
bahawa setiap manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan
dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian, kebaikan yang dilakukan itu
tidaklah berlaku , melainkan dengan taufiq dan ‘inayah dari Allah.
Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari allah tetapi
ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya. Sebagaimana
firmanNya “ Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka allah mengilhamkan
kamu kepada jiwa itu ( jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, Sesungguhnya
beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah
orang yang mengotorinya.” ( surah al-Syams ayat 7~10)
8. beriman
bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah
.Manusia tidak berhak sama sekali . Bagaimanapun , dibenarkan kepada
para ulama ( ilmuan Islam) berijtihad mengeluarkan hokum-hukum dari
nas-nas Syari’at dalam batas-batas diizinkan.Sebagaimana firman Allah “
Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka keputusannya ( terserah )
kepada Allah ( yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah
Tuhanku, kepadaNyalah Aku bertawakal, dan kepadaNyalah aku akan
kembali.” ( surah Al-Syura ayat 10)
9. Berusaha untuk mengetahui Nama-Nama dan Sifat-SifatNya. Yang membuktikan akan kesempurnaan KetuhananNya.
10. Hendaklah
berfikir merenungi kehebatan kejadian kejadian ciptaan Allah ,serta
makhluk ciptaanNya , dan bukan memikirkan zatNya .
11. Mengabdikan
diri kepada hanya kepada Allah semaa-mata dan tidak menyengutukanNya
dengan yang lain. Serta setiap perbuatan yang dilakukan mestilah
diniatkan kerana menyahut seruan mengabdikan diri kepada Allah dan tidak
tunduk pada sesuatu selain Allah. Firman Allah “ Dan sesungguhnya telah
Kami bangkitkan di kalangan setiap umat itu seorang Rasul supaya (
menyeru) hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.” ( Surah
A—Nahl ayat 36)
12. Tanamkan
dalam diri perasaan takut hanya kepada Allah dan tidak takut kepada yang
lain . Perasaan takut itu seharusnya dapat menjauhkan diri dari
kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.
13. Hendaklah
sentiasa mengingati Allah dan berzikir kepada dengan menyebut NamaNya
untuk menjadikan diam itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila
bercakap adalah kerana berzikir .Sebagaimana firman Allah “ Orang-orang
yang beriman da hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah .
Ingatlah hnaya dengan mengingati Alah hati menjadi tenang.” ( surah
Al-Rad’ ayat 28)
14. hendaklah
mencintai Allah dengan sebenar-benar cinta serta melebihi cinta terhadap
yang lain., iaitu cinta yang menjadikan hati sentiasa merasa rindu dan
terikat denganNya, mendorong diri menambahkan amal-amal kebaikan ,
berkorban dan berjihad di jalanNya sepanjang masa.
15. hendaklah
bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan
setiap urusan kepadaNya.Firman Allah “ dan barangsiapa yang bertawakal
kepada Allah nescaya Ia akan memberi kecukupan kepadanya.” ( surah
Al-Thalaq ayat 3)
16. Hendaklah
mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan ke atas diri kita
.Firman Allah “ Dan (ingatlah juga) tatkala TuhanMu memaklumkan ,
sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambahkan ( ni’mat )
kepadamu dan jika kamu mengingkari ( ni’matKu) maka sesungguhnya azabKu
sangat pedih.” ( Surah Ibrahim ayat 7)
17. Hendaklah
sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, kerana ia dapat
membersihkan diri dari dosa serta memperbaharui iman dan taubat.. Firman
Allah “ Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan kejinya atau
menzalimi diri mereka sendiri, tiba-tiba mereka teringatkan Allah,
mereka terus memohon ampunterhadap dosa mereka dan siapakah lagi yang
dapat mengampunkan dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak
meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui . Balasannya
ialah kemapunan Allah dari tuhan mereka .”(surah Al-Imran Ayat 135)
18. Sentiasa bermuraqabah ( merasai berasa di bawah pengawan) Allah dalam keadaan terang atau tersembunyi.
Sifat-sifat yang wajib bagi Allah
Sebagai jalan
yang dapat membantu kita untuk memperkukuhkan keyakinan kepada allah,
hendaklah kita mengetahui sifat-sifatNya , dan mengetahui Sifat-Sifat
Allah itu ialah Fardhu Ain bagi setiap mukallaf lelaki mahupun
perempuan.
Adapu kaedah mengetahui sifat-sifat Allah itu terbahagi kepada dua bahagian .
A. Mengetahui
sifat-sifat Allah secara Ijmali (ringkas) , iaitu bahawa seseorang itu
mengiktikadkan dengan teguh di dalam hatinya , bahawasayanya wajib bagi
Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan
keagunganNya , serta mengiktikadkan bahawa mustahil bagi Allah bersifat
dengan sifat-sifat kekurangan.
B. Mengetahui
sifat-sifat Allah dengan secara tafsili ( lengkap dan terperinci ) ,
iaitu bahawa seseorang itu beriktikad dengan iktikad yang teguh dengan
dalil-dalil akal dan dalil naqli . Bahawasanya wajib bagi Allah bersifat
dengan sifat-sifat kesempurnaan dan mustahil Dia bersifat dengan sifat
sifat kekurangan.
Dalam hal ini dikehendaki tiga perkara .
a) Iktikad itu
hendaklah teguh , tidak bercampur syak atau ragu-ragu. Bilamana iktikad
kita masih disertai syak, zhan dan waham, maka tidaklah dapat dikatakan
iktikad itu suatu yang betul.
b) Iktikad itu
hendaklah bersesuaian dengan iktikad ahlu’l sunnah wa’l jamaah , kerana
inilah iktikad yang sesuai. Bilamana ia tidak seperti demikian , atau
menyerupai iktikad Yahudi dan Nasrani, maka tiadalah ia dinmkan iktikad
yang betul.
c) Iktikad itu
hendaklah disokong oleh dalil , sekalipun hanya dengan dalil ijmali (
ringkasan). Apabila iktikad kita tidak disertai dengan dalil , maka
iktikad itu disebut sebagai iktikad taklid. Sedangkan iktikad atau
keyakinan yang tidak teguh dan tidak sesuai dengan iktikad ahlu’l sunnah
wa’l jamaah , para ulama telah sepakat mengatakan bahawa iktikad itu
adalah iktikad kafir , manakala taklid tidak dihukumkan kafir.
Perbahasan berkenaan taqlid
Dalam kedudukan
iman taqlid ini , terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ tauhid
. Pendapat yang lebih kuat daripadaNya , mengatakan , mengatakan bahawa
orang-orang yang taqlid itu dihukumkan sebagai seorang mukmin yang
derhaka , sekiranya seseorang itu mampu untuk mengemukakan dalil-dalil
dengan belajar, tetapi dia tidak berbuat demikian , yakni tidak mahu
lagi menambah ilmu pengetahuannya dalam masalah akidah ini.
Sebaliknya ,
seandainya seseorang itu telah berusaha menuntut ilmu, namun dia tidak
kuasa juga menemukan dalil-dalil , baik dalil aqli, mahupun dalil naqli,
maka tidaklah dia dihukumkan seorang mukmin yang derhaka.
PENGARUH NILAI ISLAM DALAM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN DI DALAM MALAYSIA
Islam adalah
sebuah agama yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.
untuk menyusun dan mengatur kehidupan umat manusia dalam kesemua aspek
semoga mereka dapat menghayati kehidupan yang mulia iaitu kehidupan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang samada di peringkat individu dan
bermasyarakat di dunia dan seterusnya di alam akhirat.
Bahkan
perutusan Nabi Muhammad s.a.w. dengan agama Islam adalah dengan tujuan
yang amat besar. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dengan maksud:
“Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam” Di peringkat negara, rahmat mengikut
Islam akan dapat dijayakan oleh sesebuah pemerintahan jika nilai-nilai
Islam dijadikan garis panduan untuk mentadbir negara. Ini adalah kerana
nilai-nilai Islam menepati fitrah kemanusiaan dalam memerintah negara.
Bahkan peluang untuk memerintah sesebuah negara mengikut Islam adalah
satu amanah (trust) atau tanggungjawab keagamaan yang sangat besar.
Pemerintah mempunyai kewajipan semoga sentiasa berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk membawa negara
ke mercu kejayaan dalam kesemua aspek kehidupan keperluan rakyat.
Menurut
al-Farabi, negara yang unggul iaitu al-Madinah al-Fadhilah atau negara
terbaik akan dicapai di mana kebahagian rakyat dapat direalisasikan.
Mengikut Ibn Taymiya, jika pemerintah berjaya mengamal keadilan sosial
dalam pemerintahan, ia akan menjalin hubungan yang intim di antara
pemerintah dengan rakyat. (al-raiwa al-raiya)
Di samping itu,
Al-Quran dengan jelas menuntut semoga taraf pencapaian sesebuah negara
yang baik adalah apabila rakyat beroleh kemakmuran dan keampunan Allah
s.w.t (Baldatun Tayyibah wa Rabhun Ghafur). Justeru itu strategi ke arah
membina tamadun masyarakat (Masyarakat Islam Hadhari) yang unggul
berasaskan nilai Islam adalah satu pendekatan yang tepat.
Perlu diyakini
bahawa pendekatan Islam berbeza dengan pendekatan ideologi ciptaan
manusia dalam memerintah dan mentadbir rakyat dalam sesebuah negara.
Mengikut
prinsip dan objektif syariah (maqasid al Syariah), lima perkara pokok
kepada penyusunan rakyat bernegara perlu menjadi hala tuju pemerintahan
Islam. Mereka adalah seperti berikut:-
i. Menjaga, memartabat dan memperkasakan agama,
ii. Menjaga, memartabat dan memperkasakan akal,
iii. Menjaga, memartabat dan memperkasakan nyawa,
iv. Menjaga, memartabat dan memperkasakan harta,
v. Menjaga, memartabat dan memperkasakan keturunan .
Kemampuan sesebuah pemerintahan negara mengatur strategi melalui penggubalan
perlembagaan dan dasar serta pembentukan institusi-institusi yang berkaitan untuk menjamin
kesemua lima objektif syariah tersebut tercapai merupakan usaha yang dituntut oleh Islam.
Bahkan strategi usaha menuju ke arah matlamat tersebut merupakan usaha ke arah mencapai
keadilan sosial
Keadilan sosial bernegara mengikut Islam dapat difahami sebagai suasana di mana
sesebuah negara pada permulaannya dapat menyedia keperluan hidup asasi rakyat melalui
pencapaian faktor-faktor berikut:
i. Pemeliharaan penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama dalam ke semua
urusan hidup di peringkat individu dan masyarakat.
ii. Menaikkan taraf daya fikir untuk kesemua lapisan masyarakat supaya bebas dari buta
huruf dan memiliki kualiti ilmu yang munasabah untuk mereka menjalankan kehidupan
secara efektif dengan keadaan perubahan masa.
iii. Memberi kebebasan dan jaminan perundangan kepada masyarakat negara berkaitan hak
menyuarakan pandangan dalam semangat yang beradat dan bebas semoga negara
ditadbir menepati semangat musyawarah. (Consultation).
iv. Memberi jaminan kepada kesemua ahli masyarakat semoga mereka bebas untuk
menentu atau berusaha bersama dengan pihak swasta dan kerajaan, untuk berkecimpung
dalam kegiatan ekonomi di dalam dan di luar negara. Justeru itu sumber harta negara
khususnya harta modal perlu sentiasa mengalir dalam sistem ekonomi untuk mencetus
peluang kegiatan ekonomi untuk kesemua lapisan rakyat. Ini memerlukan dasar fiskal
dan kewangan yang relevan dan dinamik.
v. Negara melalui usahanya membina sebuah tamadun yang utuh semoga dapat memberi
keyakinan dan sikap optimis kepada rakyat bahawa generasi masa hadapan negara akan
terus mengecapi suasana yang cemerlang. Bahkan mengikut Islam kecemerlangan
adalah sesuatu yang mampu dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Malaysia
Untuk membicara peranan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Malaysia, cara terbaik
ialah melalui perbincangan tentang beberapa contoh perlaksanaan dalam pelbagai sektor
seperti berikut:-
Sektor Politik dan Pentadbiran
Dalam sektor berkenaan beberapa contoh adalah berikut:
Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Negara
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
Islam adalah agama bagi Persekutuan.
Kedudukan Islam yang istimewa dalam Perlembagaan Malaysia ini
membolehkan nilai-nilai Islam menjadi asas kepada segala aspek
pemerintahan dan pentadbiran negara.
Perkongsian Kuasa
Di dalam al-Quran, Allah s.w.t berfirman dengan maksud: “Hai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-
laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya
orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang
paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Dalam konteks pemerintahan di Malaysia, pendekatan perkongsian
kuasa di antara pelbagai kaum dalam pemerintahan adalah sesuatu
kenyataan dalam percaturan politik. Pendekatan ini untuk mampu
dilaksana dengan jayanya memerlukan kepada penghayatan nilai adil,
muafakat, toleran dan musyawarah.
SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM
KHULAFAH BANI UMAYYAH (41-132 H / 661-750 M)
• Diantara para khalifahnya : Mu’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz.
• Pembebasan
Bukhara (Uzbekistan) dan Samarkand di Asia Tengah, Sind, Transoxania,
Afrika Utara di sebelah barat Mesir, Spanyol (Thariq bin Ziyad), dan
sebagian wilayah Perancis.
KHULAFAH BANI ABBASIYAH (132-656 H / 750-1258 M) dan Khilafah Bani Umayyah di Spanyol (138-422 H / 756-1031 M)
• Diantara
para khalifah Bani Abbasiyah : Harun Ar-Rasyid, Al-Ma’mun, dan
Al-Musta’shim. Diantara para khalifah Bani Umayyah di Spanyol : Abdur
Rahman Ad-Dakhil.
• Pembebasan Anatolia (Yunani), Kashmir, Benggala (India)
• Penyerangan Holako ke Baghdad, runtuhnya Khilafah Bani Abbasiyyah (1258 M)
Mengapa Belajar Sejarah Islam?
Alasan pertama:
Sejarah Islam – lebih dari sekadar tanggal, tempat, tokoh dan peristiwa
yang biasa dihafal – adalah hikmah dan pelajaran yang tidak akan pernah
ada habisnya. Allah berfirman: ”Wahai orang-orang yang beriman,
bertaqwalah kepada Allah; dan hendaknya setiap diri melihat apa yang
telah ia perbuat untuk hari esoknya” (QS Al-Hasyr : 18). Maksud dari
hikmah dan pelajaran disini adalah sebagai berikut:
Pertama: Dalam
sejarah Islam, ada contoh-contoh dan teladan yang baik, yang mesti kita
ikuti. Islam telah berhasil diaplikasikan pada masa-masa terbaiknya, dan
kita harus mengulangnya kembali. Sejarah Islam penuh dengan tokoh-tokoh
yang harus kita teladani. Allah berfirman : ”Kalian adalah umat terbaik
yang dihadirkan di tengah-tengah umat manusia ...”. Itulah generasi
Nabi dan para sahabat, dan bisa pula kita jika mengikuti jejak mereka.
Rasulullah bersabda : ”Sebaik-baik generasi adalah generasiku, lalu
generasi sesudahnya, lalu generasi sesudahnya”. Itulah generasi salaful
ummah : 1) generasi Nabi dan para sahabat, 2) generasi tabi’un, dan 3)
generasi tabi’ut tabi’in.
Kedua: Dalam
sejarah Islam, ada contoh-contoh yang tidak baik, yang tidak boleh kita
ulangi lagi. Rasulullah bersabda, ”Seorang mukmin tidak akan terjerumus
kedalam lubang yang sama untuk yang kedua kalinya”.
Ketiga: Dengan
mempelajari sejarah Islam, kita akan memahami sunnatullah
(ketentuan-ketentuan Allah) dalam sejarah. Allah berfirman: ”Apakah
mereka memperhatikan ketentuan-ketentuan (Allah) terhadap orang-orang
terdahulu. Tidaklah ada perubahan dalam ketentuan-ketentuan Allah, dan
tidaklah ada penyimpangan dalam ketentuan-ketentuan Allah” (QS Faathir :
43). ”Tidakkah mereka berjalan di muka bumi lalu memperhatikan
bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka ...” (QS Faathir : 44).
Sedangkan
alasan yang kedua: Kira-kira sepertiga dari Al-Qur’an adalah kisah
orang-orang terdahulu (sejarah). Bahkan sebagian besar isi Kitab
Perjanjian Lama (Taurat) adalah kisah orang-orang terdahulu (sejarah).
Ini menunjukkan pentingnya mengetahui dan mempelajari sejarah.
Berbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat
Kehebatan
tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah
tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat
terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara
kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap
insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih
mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik
(kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan
adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama
erti dengan tamadun Islam
Agama adalah kumpulan kepercayaan dan keyakinan
seseorang
terhadap alam dan kehidupannya. Kepercayaan seseorang akan menentukan
hala tuju dan cara hidupnya. Seorang atheis yang tidak beragama dan
tidak mempercayai Tuhan akan bertindak menurut keyakinannya. Dia tidak
menerima peraturan dosa dan pahala. Dia tidak menerima hakikat alam
pembalasan. Seorang yang beragama dan mempercayai kewujudan Tuhan akan
bertindak menurut kepercayaannya. Hidupnya akan berpandukan peraturan
yang ditetapkan oleh agama. Mereka pasti mempunyai pertimbangan halal
dan haram. Mereka meyakini alam pembalasan.
Apakah kesan
positif sikap beragama ini? Kesannya ialah mereka hidup sebagai manusia
berperaturan. Mereka mempunyai pertimbangan dosa dan pahala. Mereka akan
bertindak dengan penuh hati-hati di dunia meskipun ketika bersendiri,
bimbang dimurkai oleh Maha Pencipta. Dalam diri mereka tertanam konsep
ada yang boleh di buat dan ada yang tidak boleh dibuat. Mereka tidak
menzalimi dan menindas manusia. Mereka tidak mengambil dan merampas hak
manusia lain sewenang-wenangnya.
Namun, keadaan berbeza pada orang yang lansung tidak mempercayai agama. Mereka menyatakan sebagaimana cerita daripada ALLAH:
Mereka tidak
mempercayai bahawa mereka dicipta oleh Yang Maha Pencipta. Mereka tidak
menerima hakikat bahawa alam ini diuruskan oleh Maha Berkuasa. Mereka
menafikan ada alam lain selepas kematian.
Langgan:
Catatan (Atom)